Buku Pelawat...Sila Daftar Di Sini

Pemimpin Pengakap K04 Sipitang

Saturday, June 27, 2009

Cogankata Pengakap

. Saturday, June 27, 2009
0 comments

Cogankata Pengakap ialah "SELALU SEDIA", yang bermakna hati dan tubuh badan kamu sentiasa bersedia untuk menjalankan kewajiban.Fikiran kamu selalu sedia dengan cara melatih diri patuh kepada segala perintah dan memikirkan terlebih dahulu sebarang kemalangan atau keadaan yang mungkin berlaku, supaya kamu tahu perkara yang betul yang patut kamu buat pada ketika yang dikehendaki, dan kamu sedia pula membuatnya.Tubuh badan kamu sedia dengan cara menjadikan diri kamu kuat dan cergas serta boleh melakukan perkara yang betul pada ketika yang dikehendaki, serta sedia melaksanakannya.

Read More »»

Wednesday, June 24, 2009

Pertandingan Membina Gajet

. Wednesday, June 24, 2009
0 comments






Persatuan Pengakap SMK Padang Berampah telah mengadakan pertandingan membina gajet diantara patrol pada 24 Jun 2009.Setiap Patrol dikehendaki membina dua gajet dengan menggunakan lidi.Tujuan aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan secara amali kepada ahli pengakap tentang cara-cara membina gajet yang sebenar.Seramai 40 orang ahli persatuan pengakap mengikuti pertandingan tersebut.



Read More »»

Saturday, June 6, 2009

RIWAYAT HIDUP PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP

. Saturday, June 6, 2009
0 comments

Lord Baden Powell atau nama penuhnya, Robert Stephenson Smyth Baden Powell lebih dikenali sebagai B.P. dilahirkan di London,England pada 22 Februari 1857.Bapanya,Reverend H.G.Baden Powell adalah seorang profesor geometrik di Universiti Oxford sementara ibu,Henrietta Grace adalah anak perempuan seorang Laksamana British bernama William Henry Smyth.

Bapanya meninggal dunia semasa B.P.berusia 3 tahun.B.P.amat gemar kepada aktiviti luar dan kerap memancing dan belayar perahu di Tasik Serpentine yang terletak di Hyde Park,London.Dalam tahun 1870,B.P.mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah yang bernama CharterHouse di bandar London.Beliau bukanlah seorang murid yang mempunyai sebarang kelebihan tertentu tetapi beliau murid yang paling periang di sekolah itu.Beliau juga cenderung dalam bidang muzik,sementara kelebihan melukis banyak membantunya membuat ilustrasi yang menarik bagi setiap tulisannya.

B.P.lulus dari CharterHouse ketika berusia 19 tahun dan beliau telah mengambil peperiksaan untuk memasuki angkatan tentera.Beliau telah lulus dengan cemerlang dan dikecualikan dari memasuki Kolej Tentera lalu dijadikan Leftenan Muda dalam pasukan askar berkuda – 13th Hussers di India.B.P.telah bertugas dengan pasukannya di India,Afghanistan dan Afrika.Semasa bertugas di Ashanti,Pantai Barat Afrika untuk menentang Raja Prempeh,beliau telah perhatikan penduduk di situ bersalam dengan tangan kiri mereka.

Dalam tahun 1896,B.P.dihantar ke Matabeland,Rhodesia.Di situ beliau digelar “IMPEESA” yang bermakna ‘serigala yang tidak pernah tidur’.B.P.dinaikkan ke pangkat Kolonel dalam tahun 1897 dan dihantar ke India semula untuk memimpin Dragoon Guards ke-5.Di situ beliau telah memperkenalkan satu skim latihan yang bercorak pertandingan dan permainan luas dalam sistem berpatrol.Askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik akan diberi satu lencana (berbentuk point utara kompas – yang telah menjadi lambang Pergerakkan Pengakap) dan digelar ‘scout’ iaitu peninjau.Dalam tahun 1899,B.P.telah pulang ke England.Beliau membawa sebuah buku berjudul “AIDS TO SCOUTING” yang beliau tulis semasa bercuti di Kashmir.Buku itu mengenai latihan yang beliau beri kepada askar peninjaunya di India.

Perang Boer telah tercetus pada 11 Oktober 1899 dan B.P.telah berjaya mempertahankan bandar Mafeking dari kepungan askar Boer yang diketuai oleh Jeneral Cronje.Semasa Perang Boer,Kor Kadet Mafeking yang terdiri daripada budak lelaki ditubuhkan untuk menjalankan tugas membawa berita dan pembantu.Pertahanan Mafeking selama 218 hari oleh B.P.telah menjadikannya mashyur dan beliau dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral.Ketika itu beliau berumur 43 tahun.Selepas tamatnya Perang Boer,B.P.diarah menubuhkan Pasukan Polis di Afrika Selatan.Dalam tahun 1903,beliau telah dijadikan Inspektor Jeneral Tentera Berkuda.Dalam tahun 1907,ketikaB.P.berusia 50 tahun,beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan dimasukkan ke tentera simpanan.

Buku “AIDS TO SCOUTING” yang diterbitkan semasa bandar Mafeking dikepung telah berjaya menarik perhatian kanak-kanak di England.B.P.digalakkan memperkenalkan ideanya yang terkandung dalam bukunya itu.Beliau telah mengadakan satu pekhemahan di Pulau Brownsea untuk 21 orang kanak-kanak pada 31 Julai 1907.Mereka telah berkhemah,memerhati,mengembara,berperahu dan mengikut jejak selama 10 hari.Unggun api juga telah diadakan pada setiap malam.Perkhemahan Pengakap yang pertama ini sungguh berjaya dan B.P.telah menerbitkan buku keduanya “SCOUTING FOR BOYS” pada tahun 1908.Bukunya mengandungi panduan bagi melatih kanak-kanak menjadi Pengakap dan dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik oleh B.P.sendiri.Pada tahun 1909, “SCOUTING FOR BOYS” telah diterjemahkan ke dalam 5 bahasa dan Pergerakan Pengakap telah muncul di Amerika Syarikat,Chile dan India.Pada tahun yang sama,King Edward VII telah mengurniakan pangkat ‘Knight’ kepada B.P. dan bersetuju bahawa Pengakap-Pengakap yang lulus dalam Ujian Pentarafan Kecekapan akan digelar Pengakap Raja (King Scout).

Pada 30 Oktober 1912,B.P.telah berkahwin dengan Olave St.Clair Soames di Gereja St.Peter,Parkstone.100 ribu ahli Pengakap telah menyumbangkan 1p (Penny) dan hadiahkan sebuah kereta ‘STANDARD’ kepada B.P.Olave Baden Powell yang sungguh berminat dalam Pergerakan Pengakap telah menjadi Pandu Puteri Agung Dunia (World Cheif Guide).B.P.telah menjelajah ke seluruh dunia untuk menemui Pengakap-Pengakap di beberapa buah negara.Apabila Perang Dunia Pertama tercetus,kegiatan Pengakap tergendala sebentar tetapi segera dipulihkan sebaik perang tamat.

Dalam tahun 1920,ahli Pengakap seluruh dunia telah berkumpul di Olympia,London dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama.Dalam Jambori ini,B.P.diisytiharkan sebagai Pengakap Agung Dunia (World Cheif Scout).Dalam Jambori Dunia ke-3 di England,iaitu pada hari genapnya Pergerakan Pengakap 21 tahun.B.P.dianugerahkan gelaran Lord Baden Powell of Gillwell.Ahli Pengakap seluruh dunia juga menyumbangkan 1p (Penny) untuk sebuah kereta ‘Rolls Royce’ dan sebuah potret B.P.Penghormatan tertinggi baginya ialah ‘Order of Merit’ yang dianugerahkan oleh King Edward V pada tahun 1937.Selepas menghadiri Perhimpunan Gillwell (Gillwell Reunion) untuk Pemimpin Pengakap pada bulan September 1937,B.P.dan isterinya bermastautin di Nyeri,sebuah kampung aman dan cantik di Kenya,Afrika.Selepas berkhidmat selama 33 tahun dalam Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri,B.P.meninggal dunia di kediamannya ‘Paxtu’ di Nyeri pada 8 Januari 1941.

Read More »»